Didakwa Minta ‘Sponsor’ Biskut, Mira Filzah Dedah Individu Ambil Kesempatan Guna Nama?

Baru-baru ini, pelakon jelita Mira Filzah memuat naik sebuah hantaran di Instagram Stories (IGS) memaklumkan, ada individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan namanya untuk meminta tajaan.

Menerusi hantaran itu, Mira Filzah berkongsi satu tangkap layar perbualannya dengan salah seorang ahli keluarganya memberitahu bahawa namanya telah diguna pakai untuk meminta tajaan daripada sebuah kedai biskut.

“Ada orang guna nama Angah (Mira Filzah) minta sponsor biskut.

“Norlie biskut tu kawan kak nana jiran… dia suruh tanya betul ke?,” tanya salah seorang keluarganya.

Menjawab pertanyaan tersebut, Mira Filzah menyatakan bahawa perkara yang dimaklumkan itu bukanlah daripadanya.

“Cakap lah tak betul,” balas Mira.

Susulan itu, Mira mengambil keputusan untuk membuat perkongsian mengenai isu berkaitan kepada umum untuk memastikan orang lain mengambil langkah berjaga-jaga.

“Ini apa yang kita tahu, apa yang kita tak tahu, tak tahu lah kan.

“Jadi, Mira rasa better Mira post dekat sini. Kalau ada sesiapa minta sponsor apa-apa melalui WhatsApp haa itu bukan Mira okay,” pesan Mira.

Atiqah Johari