[VIDEO] Syada Amzah Cover Lagu Tagalog Pula, Ramai Puji Suara Sedap – “Boleh Wakil Negara Ke Asian Wave”

Perkongsian penyanyi Syada Amzah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik sebuah rakaman video di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Hamzah berkongsi video yang memaparkan dia merakam semula (cover) lagu hits tagalog iaitu Ikaw At Ako (You and I).

Tampil dengan busana serba cerah, adik kepada penyanyi Shila Amzah itu dilihat sangat tenang dan yakin menyanyikan lagu bahasa tagalog itu biarpun pertama kali mendendangkan.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian rakaman cover Syada tersebut.

Rata-rata warganet memuji kelunakan suara Syada mengalunkan lagu tersebut dengan baik sekali.

Malah, ada juga yang mendoakan agar karier nyanyian Syada berkembang mekar bukan sahaja di dalam negara tetapi di peringkat antarabangsa.

Lebih menarik, ada juga yang menyatakan Syada mampu mewakilkan negara ke pentas nyanyian popular, Asian Wave di China seperti kakaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Syada Amzah Nyanyi Lagu Arab Dikritik, Netizen Kata ‘Bakat Yang Patut Dipendam’… Ramai Juga Puji Suara Sedap

ARTIKEL BERKAITAN: Ditanya Menyesal Atau Tidak Jadi Penyanyi, Ini Jawapan Syada Amzah! – “Orang Panggil Saya Radio Bergerak”

Khairil Khusyairi