Pernah Hilang Idea Kreatif Sampai Upah Orang, Ini Cara Cik Manggis Atasi & Buat Come Back!

Penyanyi kumpulan De Fam, Cik Manggis mendedahkan pernah berada di dalam keadaan dimana dia kehilangan idea-idea kreatif untuk menghasilkan sebuah kandungan.

Menerusi perkongsiannya di Instastory, Cik Manggis atau nama sebenar Nurshazwani Shamsuddin, 34, juga pernah mengupah orang lain untuk melakukan kerja-kerja kreatif tersebut.

Menurutnya, tawaran kerja yang tidak berhenti menyebabkan dirinya ketandusan idea.

“Lost belum pernah lagi but at one point saya pernah rasa macam pernah lost my creative ideas sebab my job masa tu back to back.

“Alhamdulillah at the bright side, saya memang banyak job masa tu. But bila saya consistently keluarkan saya punya creative idea tu saya rasa macam I cannot take it anymore sampai tak tahu nak fikir apa.

“I pernah hired orang to do the job for me tapi saya rasa macam dia macam tak represent myself so saya rasa memang kena buat sendiri,” ujarnya.

Disebabkan perkara itu, Cik Manggis membuat keputusan untuk berehat selama lima bulan untuk mengembalikan motivasi dirinya.

“So, what I did was I took a break for about 3 to 4 months, maybe 5 months to totally refresh myself with motivation. And lepas refresh tu saya nak come back with a strong mentally,” katanya.

Malah, dia turut memberi cadangan untuk menabung supaya dapat pergi bercuti pada bila-bila masa bagi merehatkan minda.

“Take a break if you need it but make sure you planned financially so you dapat break dengan tenang.

“My suggestion is, buat tabung untuk ‘break point’, bila-bila you rasa you nak pergi healing, you dah ada savings!

“This applied to freelancers je tau. Kerja tetap sis tak sure macam mana nak bagi nasihat sebab sis tak pernah kerja tetap,” jelasnya.

Maya Basir