[VIDEO] Gaya Rambut Terkini Qistina Raisah Jadi Perhatian, Tapi Lain Pula Netizen Perasan – “Aku Pula Yang Geram Tengok Potong Tak Selari”

Pelakon remaja Qistina Raisah sekali lagi menjadi bualan hangat warganet di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Qistina atau nama lengkapnya Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri memuat naik sebuah video yang memaparkan dia tampil dengan gaya rambut baharu iaitu bewarna merah jambu.

Video pendek tersebut mempamerkan Qistina sedang membuat potongan rambut di sebuah salon.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap gaya rambut terkini Qistina itu.

Menjengah ke ruangan balas, ramai warganet menyatakan potongan rambut tersebut tidak selari.

Malah, ada juga yang mendakwa pendandan rambut salon tersebut tidak profesional dalam membuat potongan.

Ada juga yang menyifatkan gaya potongan rambut pelakon drama hits, Surat Dari Tuhan itu tidak sesuai berbanding rambut panjang sebelum ini.

 ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Terpaling Dewasa… Kesian Tengok Dia Ni” – Netizen Tegur Qistina Raisah Promosi Produk Kesihatan

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Disindir Puteri Balqis, Qistina Raisah Menangis, Maklum Dah 4 Hari Tak Buka Media Sosial – “Saya Tak Nak Hati Saya Busuk”

Khairil Khusyairi