[VIDEO] Syafinaz Selamat Dikritik Netizen Menyanyi Tak Sedap, Tuan Badan Respons – “Saya Terima, Saya Dengar Pun Agak Sumbang”

Penyanyi dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat mengakui kritikan yang diterimanya ketika membuat persembahan di sebuah konsert baru-baru ini.

Menurut laporan mStar, dia menyifatkan dirinya juga tidak terlepas dari membuat kesilapan biarpun bergelar seorang guru vokal.

“Jadi manusia perlu sempurna dalam semua perkara? Pada akhirnya kita tetap manusia yang tak sempurna dan selalu cenderung melakukan kesilapan.

“Jangan takut buat kesalahan sebab kita juga manusia biasa,” katanya.

Tambah Syafinaz, dia menerima apa jua kritikan yang dilemparkan netizen malah mengambil ia dari sudut positif.

“Pada saya muzik itu besar. Terpulang jika suka, ada yang tidak suka, terlalu subjektif untuk dinilai.

“Saya okay dengan apa jua kritikan, ini (kritikan) bukanlah perkara baharu dalam perjalanan karier seni saya.

“Kalau saya rasa komen itu betul, saya akan ambil dan perbaiki diri. Saya nilai diri saya sendiri malah sedaya upaya perbaiki mana yang boleh,” jelasnya.

Kata pelantun lagu Persis Salju ini lagi, dia juga sependapat dengan kritikan netizen mengenai persembahannya itu.

“Kalau orang kata tak sedap dan saya dengar pun memang agak sumbang jadi saya terima.

“Saya juga bersetuju dengan segelintir netizen yang cakap tak sedap itu.

“Kalau orang kata tak sedap dan saya dengar pun memang agak sumbang jadi saya terima, saya belajar daripada kesilapan diri sendiri,” ujarnya.

Terdahulu, tular beberapa rakaman yang memaparkan Syafinaz mendendangkan dua buah lagu nyanyiannya iaitu Persis Salju dan Europa.

Namun, rata-rata netizen kurang berpuas hati dengan persembahan Syafinaz tersebut dengan mengatakan lontaran vokal Syafinaz tidak jelas.

Malah penampilannya pada malam tersebut juga dikritik netizen.

Sumber: mStar

Khairil Khusyairi