Anzalna Sebak Anak Buah Menangis Menyanyi Lagu ‘Atouna El Toufule’ – “Tak Sangka Mereka Pun Dah Faham”

Pelakon Anzalna Nasir berkongsi rasa sebaknya melihat gelagat anak-anak saudaranya menyanyikan lagu ‘Atouna El Toufule’ yang memperjuangkan nasib kanak-kanak di Palestin.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh Anzalna menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Menurut Anzalna, dia tidak sangka anak saudaranya, Anggun Darleesa, AnggunDarleena dan Anggun Darniella faham maksud disebalik lagu itu.

“Allahuakbar mengalir air mata tak sangka mereka pun dah faham. Dengar lagu ni, terus ternampak kesengsaraan Palestine di sana,” tulisnya.

Dalam pada itu, Anzalna turut berkongsikan kesedaran kepada pengikutnya untuk mendedahkan isu peperangan yang berlaku di antara Palestin dan Israel kepada anak-anak.

Tambah aktres itu, pendedahan itu juga mampu memupukkan rasa bersyukur dan rasa simpati dalam diri setiap kanak-kanak pada masa kini.

“Kita selalu menceritakan sesuatu yang indah kepada anak-anak tetapi sudah tiba masa untuk mereka tau apa yang berlaku sekarang iaitu peperangan antara Palestin dan Zionis supaya anak-anak memiliki rasa tanggungjawab, simpati, bersyukur dan sentiasa pertahankan Palestine.

“Jangan henti berdoa dan menghulurkan dana buat mereka di sana. Ya Allah Selamatkanlah bumi Palestin! InsyaAllah Palestin akan beroleh kemenangan. Well done @the_angguns @diananasir86 love you guys so much! #MyNieces #savepalestine,” katanya.

Fatin Nurain