[VIDEO] Tak Dapat Mengawal Kemarahan, Azhar Sulaiman Dedah Hampir Nak Hempas Anak Baru Lahir Ke Dinding – “Rasa Badan Menggeletar!”

Pelakon Azhar Sulaiman berkongsi pengalaman dirinya tidak dapat mengawal kemarahan.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, dia pernah melepaskan kemarahan kepada isterinya, Chempak Emalin Pahamin dan hampir menghempas anak sulungnya, Kasih Leia Ixora ke dinding.

“In my life, saya pernah berada dalam situasi yang kritikal dimana kalau saya ikut kemarahan saya, something bad would have been happened before.

“Ada sekali tu saya balik shooting pukul 5 pagi dan masa tu Kasih baru lahir. Chempaka (isteri) tengah tidur dan Kasih tidur di sebelah. Dia suruh saya buat susu untuk Kasih and saya cakap lah ‘Eh i just got back from work why don’t you just get up and buat’ tapi dia tak nak.

“Saya geram dengan Kasih menjerit-jerit semua, saya angkat Kasih saya nak hempas Kasih dekat dinding tapi nasib baik masa tu tersentak Astaghfirullahalazim apa aku buat ni lepas tu saya terus letak Kasih dan rasa badan menggeletar sebab tersedar at that point I could have baling Kasih dekat dinding sebab marah ke Chempaka,” kongsinya.

@theazharsulaimanBehar hampir hempuk Kasih….

♬ original sound – AzharSulaiman

Sementara itu, dia turut memberi pesanan kepada orang ramai untuk belajar mengawal kemarahan untuk tidak terlalu mengikut emosi.

“Dalam dunia ni, mana ada orang yang tak marah. Semua orang akan melalui situasi marah bila something yang menyakitkan hati dan involve argument.

“Kita kena beringat lah bila kita marah tu kita kena berjaga-jaga dan jangan terlalu melayankan perasaan,” katanya.

Maya Basir