[VIDEO] Tak Pandang Status Datuk, Janna Nick Akui Susah Bersikap Terbuka – “Lebih Selesa Dengan Rakan Sekolah”

Pelakon, Janna Nick mengakui tidak selesa berkongsi masalah atau menjadi terbuka terutamanya kepada orang luar mahupun rakan-rakan dalam industri seni.

Menerusi sebuah pautan di Instagram Story, Janna menjawab persoalan individu yang mempersoalkan sekiranya ada orang luar yang ingin mengenalinya lebih mendalam lagi.

“Berapa peratus untuk orang biasa nak kenal Janna sebab susah nak jumpa apa lagi nak bersembang,” soal individu berkenaan.

Menjawab persoalan tersebut, aktres drama Melestik Ke Hatimu ini tidak menafikan agak sukar untuk orang asing cuba mengenalinya secara lebih mendalam.

“Boleh je kenal-kenal.. Tapi nak kenal saya yang sebenar susah la. Sebenarnya bukan hanya orang biasa, terkenal, atau ada pangkat Datuk tapi saya memamg susah sikit nak bersikap terbuka dengan orang luar.

“Sedangkan rakan-rakan industri pun tak ramai yang saya rapat. Saya lebih selesa untuk berkawan atau menjadi terbuka sepenuhnya dengan rakan sekolah yang kenal saya dari saya bukan seorang selebriti.

“Bukan tak berkawan dengan rakan industri, cuma tak ada yang betul-betul rapat,” katanya.

Sebelum ini, Janna pernah mendedahkan menghidap bipolar disorder dan juga disihir oleh orang tidak dikenali.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bohonglah Kalau Tak Pernah ‘Kena’” – Kongsi Tips Rawatan, Janna Nick Dedah Kerap Disihir?

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick Dedah Hidap Penyakit Bipolar, Pernah Cuba B*nuh Diri

Aqilah Paharuzi