Kongsi Kriteria Calon Suami, Isyariana Mahu Lelaki Pendiam & Berduit – “Takkan Saya Nak Tanggung Biawak Hidup?”

Pelakon Isyariana berkongsi beberapa kriteria yang dia inginkan dalam mencari calon suami.

Kongsinya, dia menginginkan lelaki yang bersifat pendiam dan juga memiliki kewangan yang stabil.

Memetik laporan mStar, Isyariana atau nama sebenarnya Isyariana Che Azmi, 33, berpendapat bahawa ia bukan satu kesalahan untuk dirinya meletakkan kriteria tertentu dalam mencari calon malah ia juga penting dalam memastikan sesebuah rumah tangga itu bahagia.

“Pemalu itu memang salah satu kriteria yang saya mahukan tapi selain daripada itu calon suami mesti mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh sebab kalau tiada duit rumah tangga yang dibina mungkin tidak akan bahagia,” ujarnya.

Isyariana menyatakan bahawa dia juga mempunyai pendapatan sendiri namun calon suami perlu mempunyai kewangan yang stabil sebagai jaminan untuk keluarga yang bakal di bina dan tidak mahu menanggung biawak hidup.

“Walaupun saya ada sumber kewangan sendiri tapi saya mahu suami ada kriteria itu supaya dapat memberi satu jaminan bukan sahaja kepada saya tetapi keluarga yang bakal kami bina nanti.

“Dengan ekonomi sekarang ia perlu menjadi salah satu faktor untuk seseorang itu hidup dengan kita, takkan pula saya nak tanggung biawak hidup?” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Isyariana pernah mengakui bahawa dia sukar untuk mempercayai lelaki menyebabkan dirinya masih membujang hingga kini dan takut untuk berkahwin.

Artikel Berkaitan: Hubungan Cinta Terlerai Begitu Sahaja, Isyariana Takut Nak Kahwin Gara-Gara…

Sumber: mStar

Atiqah Johari