[VIDEO] Tamat Zaman Duda, Hafidz Roshdi, Athira Yuhada Sah Bergelar Suami Isteri

Pelakon, Hafidz Roshdi selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Athira Yuhada pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hafidz memuat naik video lafaz ijab dan kabul dengan sekali lafaz telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada Athira.

Dalam muat naik sama, Hafidz turut berkongsi foto pernikahan bersama isteri kesayangan memakai busana pengantin serba putih.

“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas berserta tanda pagar #HafidzAthira.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Glass House Event Space, Shah Alam.

Sebelum ini, tular kad perkahwinan tertera nama Hafidz dan Athira bakal melangsungkan pernikahan pada Sabtu, 16 Disember ini.

Terdahulu, Athira didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Hafidz bersama bekas isteri, Nurul Shuhada.

Sekadar info, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.

Artikel Berkaitan: Didakwa Bakal Tamatkan Zaman Duda Pada 16 Disember, Hafidz Roshdi Tampil Buka Mulut

Artikel Berkaitan: Dituduh Dera & Abaikan Anak, Nurul Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Buat Laporan JKM – “Jangan Pentingkan Diri…”

Artikel Berkaitan: Individu Luah Perasaan Diganggu Penyondol Bernama ‘Athira’, Bekas Isteri Hafidz Roshdi Terhibur – “Ada Je Yang Relate, Tak Apa Saya Bantu…”

Artikel Berkaitan: “Nafkah Ni Privasi Di Antara Saya Dengan Bekas Isteri” – Hafidz Roshdi

Aqilah Paharuzi