[VIDEO] Tampil Dengan Imej Seksi, Netizen Kritik Ruhainies – “Selalu Sopan Je, Kali Ni…”

Perkongsian terkini pelakon, Ruhainies mencuri perhatian apabila tampil dengan imej seksi ketika menghadiri satu acara di ibu kota.

Menerusi hantaran di Instagram, Ruhainies memuat naik foto memakai blazer hitam dipadankan dengan tali pinggang jenama terkenal, Christian Dior.

Namun begitu, rata-rata netizen mendakwa busana terbabit ‘menonjolkan’ bahagian dada pelakon itu.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Ruhainies seakan tidak selesa dengan penampilan terbabit selepas dilihat cuba untuk menutupi bahagian dada setiap kali mengambil gambar atau video bersama rakan selebriti lain.

@xtra_my

Alamak! Tapi nampak Ruhainies pun macam tak selesa je 🫤 #xtramy #fyp #ruhainies #pakaian #lurah #baju #netizen #kecam #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat penampilan aktres drama Cukup Derita Itu ini yang sebelum ini sentiasa berpakaian sopan.

Ada juga segelintir netizen yang berkata Ruhainies seakan tidak selasa ketika memakai busana tersebut.

Bagaimanapun, Ruhainies tidak memberi respons terhadap kritikan yang dilemparkan kepadanya.

Aqilah Paharuzi