“Saya Mengaku, Tapi Tak Semua Cerita Benar,” – Anak Abby Abadi Tampil Respons Isu Sondol Suami Orang… Perjelas Status Hubungan Terkini Dengan Aslam

Anak pasangan Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim tampil memberi respons berhubung kontroversi menjadi orang ketiga sehingga perkahwinan individu bernama Misya, terlerai.

Menerusi perkongsian di Instagram, Marissa tidak menafikan melakukan perkara tersebut dan mengakui segala perkara yang berlaku adalah kesalahan dan tanggungjawabnya sendiri.

Jelas Marissa lagi, dia meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir dakwaan berkaitan dirinya tidak benar dan menegaskan dia tidak perlu menjelaskan kepada semua pihak.

“I admit I was wrong. Apa yang diviral dan dikatakan ada yang benar, saya mengaku, dan ada juga yang tidak benar but I’m not here to defend myself to say that I’m innocent in certain parts.

“It’s totally unfair to hear from one side because the story being told is not 100% accurate, but I don’t need to convince everyone to satisfy everyone,” ujarnya.


Sementara itu, Marissa turut berharap ramai pihak tidak menyalahkan ibu bapanya atas kesalahan yang dilakukannya itu sehingga menimbulkan kesan buruk kepada Abby dan Norman.

Menerusi perkongsian sama, Marissa menjelaskan dia tidak meraikan perceraian Aslam dan Misya seperti didakwa wanita berkenaan.

“Antara saya dan pihak yang mengviralkan, saya sudah tiada kaitan dengan mereka.

“Dan antara saya dan Aslam pula, mungkin banyak andaian terhadap kami, tetapi cukuplah saya dan Aslam sahaja yang tahu apa yang sebenar benarnya terjadi antara kami.

“Let me tell you something, saya dan Aslam tiada celebrate apa apa selepas mereka pulang dari mahkamah seperti yang ditulis oleh Umisya di Twitter,” tambahnya lagi.


Sebelum ini, heboh di platform media sosial berkenaan anak Abby dan Norman yang didakwa menggangu rumah tangga individu bernama Misya sehingga bercerai.

Misya turut mendedahkan resit tempahan hotel dibawah e-mel Marissa bersama Aslam, lelaki yang didekatinya itu.

Artikel BerkaitanAnak Didakwa Penyondol, Abby Abadi Mohon Masa Untuk Tulis Sendiri Kenyataan – “Saya Tengah Nak Mengarang Ni”

Artikel Berkaitan: Gagal Berubah, Wanita Dedah Video Bekas Suami Dakwa Anak Abby Abadi ‘Terkejar’ Nak Balik Ke Pangkuan – “Aslam Tak Kuat Lawan…”

Artikel Berkaitan: Tak Ada Solusi, Wanita Dakwa Abby Abadi, Norman Hakim Beri Izin Nak Viral Kes Anak Penyondol?

Aqilah Paharuzi