[VIDEO] Titip Pesanan Buat Anak Sulung, Johan & Ozlynn Bikin Netizen Sebak!

Pasangan selebriti popular, Ozlynn Wati dan Johan baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas membuat kejutan melawat anak sulungnya, Ariq di luar negara ketika sambutan hari raya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ozlynn dilihat memuat naik sepotong video memaparkan momen-momen perpisahan antara dia dan anaknya sebelum berangkat pulang ke tanah air.

“Anak yang mengajar kami banyak perkara, menjadikan kami lebih sabar dan terus mengharungi hidup.

“Anak yang merasa kesusahan ketika kami tiada rezeki untuk disuapkan. Anak yang tenang dan tidak pandai meminta-minta. Anak yang tahu hidup berdikari dan anak yang tidak pernah membantah,” katanya.

Mengaku Ariq merupakan anak yang menyenangkan, Ozlynn turut menitipkan doa agar anaknya itu sentiasa dalam lindungan Tuhan dan berjaya di dunia dan akhirat.

“Wahai anak semoga hidupmu dalam lindungan dan kasih sayang Allah, semoga keimananmu membawa keberkatan dan kejayaan besar dalam hidupmu.

“Papa Mama pulang dulu menyambung kudrat dapam mencari rezeki untuk mu dan juga adik-adikmu. Papa Mama love you,” jelasnya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut pasangan itu meninggalkan pelbagai respons pada hantaran berkenaan.

Malah, terdapat segelintiyang berasa sebak dengan perkongsian Ozlynn buat anaknya.

 

 

 

Salma Syahbuddin