Angel Dolla Jawab Gosip Cinta Dengan Nadhir Nasar – “Saling Berbalas Tweet Tak Beri Makna….”

Kontroversi melibatkan ahli kumpulan Dolla, Angel dan pelakon, Nadhir Nasar yang dikatakan sedang hangat bercinta adalah tidak benar.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh empunya badan selepas tindakan mereka saling berbalas komen dan ciapan mesra di sosial media dihidu peminat.

Kata Angel, hubungan mereka hanyalah sekadar kawan sahaja dan tindakan saling berbalas mesej diruangan komen itu tidak membawa apa-apa makna selain kawan biasa.

Malah, dia dan Nadhir juga tidak rapat kerana hanya bertemu pada majlis yang dihadiri mereka sahaja.

“Kami hanya berkawan sahaja, saling berbalas tweet (ciapan Twitter) tidak memberi sebarang makna pun. Itu hanyalah tindakan sebagai kawan biasa.

“Lagipun, kami berjumpa di event dan saling bertegur sapa dan perkara itu habis di situ sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Angel juga tidak menolak sekiranya diberi tawaran untuk berlakon bersama Nadhir memandangkan kedua-dua mereka meminati drama berairi popular Projek High Council.

“Saya harap kami berdua ada projek atau kolaborasi bersama kelak memandangkan kami peminat drama Projek: High Council juga.

“Mana tahu nanti ada versi wanita pula (PHC) bolehlah ambil kami.

“Dan saya harap lepas ini kami dapat berkolaborasi bersama pula,” jelasnya.

 

 

Sumber: Kosmo

Salma Syahbuddin