[VIDEO] “Tolong Eh, Jangan…” – Zizan Razak Marah Individu Tanya Soal Khai Bahar Pada Hawa Rizwana?

Gelagat pelakon dan pelawak, Zizan Razak di sebuah siaran langsung aplikasi TikTok bersama pelakon dan pengacara, Hawa Rizwana mencuri perhatian ramai.

Berdasarkan video yang telah disunting oleh pengguna di TikTok, terdapat individu yang bertanya mengenai keberadaan penyanyi, Khai Bahar kepada Hawa.

Tidak berdiam diri, Zizan tampil menjawab komen netizen berkenaan yang meminta individu tersebut tidak bertanya soal Khai kepada aktres jelita itu.

“Eh, masuk live ni tak payah tanya Khai lah. Tolong eh, jangan tanya Khai,” katanya.

Dalam video sama, Hawa yang sedang bersenam menggunakan alatan treadmil itu hanya mampu ketawa atas reaksi Zizan itu.

Bagaimanapun, dipercayai Zizan hanya bergurau dan tidak bermaksud perkara sedemikian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta Zizan untuk segera memetik hati Hawa sebelum diambil oleh orang lain.

Sebelum ini, Zizan dan Hawa menjadi sebutan ramai selepas perkongsian dan kapsyen pelawak tersebut seakan memberi bayangan bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Saya Terkejut, Bawa Bertenang Semua” – Zizan Razak Perjelas Foto Bersama Hawa Rizwana

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 100,000 tontonan, 3,000 tanda suka dan 60 komen.

Aqilah Paharuzi