[VIDEO] Tular Remaja Ejek Perlakuan Anak Autism, Zarina Zainuddin Akui Terkilan – “Sungguh Tak Ada Rasa Sensitif”

Tular di TikTok mengenai sebuah video yang memaparkan seorang individu dilihat dengan sengaja mengajuk perlakuan anak istimewa pelakon Zarina Zainuddin.

Tidak berdiam diri, Zarina tampil memberi reaksi mengenai video tersebut dan menganggap individu itu tidak mempunyai sensitiviti terhadap nasib seseorang.

“Saya nampak video ni kat TikTok. Remaja yang mengejek-ejek perlakuan Azil ni bagi saya sungguh tidak ada rasa sensitif pada nasib seseorang,” luahnya.

Susulan perkongsian itu, ramai warganet turut mengecam tindakan individu tersebut dan memberi reaksi yang negatif.

Namun begitu, rata-rata pengikutnya meninggalkan komen-komen yang membina untuk Zarina terus kuat dan tabah dalam membesarkan anak-anak istimewanya itu.

           

Untuk info, pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin dikurniakan sepasang anak kembar lelaki yang menghidap autism iaitu Muhammad Raizal Azrai dan Muhammad Razil Azrai yang kini telah berumur 26 tahun.

Atiqah Johari