Susulan Isu Saman, Caprice Nekad Bagi Kereta Kepada Follower Secara Percuma

Penyanyi rap, Caprice memuat naik sebuah hantaran di Instagram Stories (IGS) memaklumkan dia ingin memberi sebuah kereta secara percuma kepada mana-mana individu yang bertuah.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 34, memberitahu bahawa dia akan membuat cabutan bertuah dan akan menghadiahkan sebuah keretanya jenama Kia Sportage buat pengikutnya pada Jumaat ini.

“Salam @smnasarudin @faisalnasimuddin in light of the saman, I can no longer feel good driving and supporting your cars.

“Therefore, this Friday I’ll be doing a GIVEAWAY of my Kia Sportage for FREE as a lucky draw to my followers.

“Siapa-siapa berminat nak kereta four wheel drive… for free. Standby 3 pm this Friday,” ujarnya.

   

Untuk info, ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal telah memfailkan saman terhadap Caprice atas sebab sebuah hantaran yang didakwa berbaur fitnah berhubung kes ahli perniagaan itu dengan bekas isterinya, Emilia Hanafi.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Didakwa Sengaja Sebar Fitnah Berkaitan Isu Emilia Hanafi, SM Faisal Saman Caprice & Tuntut 5 Ganti Rugi

Atiqah Johari