[VIDEO] Usia Kandungan Dah Sebulan, Fuad Rahman Dedah Tom Kini Hamil Anak Pertama!

Penyanyi Fuad Rahman mendedahkan isterinya yang juga penyanyi Tom kini sedang hamil anak pertama.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fuad ketika memberi ucapan di sebuah majlis mendedahkan isterinya itu sedang berbadan dua selepas membuat pemeriksaan beberapa hari lalu.

“Alhamdulillah, dua hari lepas saya dan isteri ada buat pemeriksaan selepas alami alahan.

“Selepas buat pemeriksaan, Alhamdulillah usia kandungan dah sebulan,” katanya.

Dalam pada itu, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, memohon semua agar mendoakan kesejahteraan kandungan.

“Kata nak rahsia? Tak apa lah.

“Alang-alang suami dah beritahu, Tom minta doakan anak dalam kandungan Tom sihat-sihat dan dapat melahirkan anak kami dengan selamat,” harapnya.

Awal April lalu, Tom turut berkongsi dia mengalami keguguran ketika usia kandungan tiga minggu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Untuk info, Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan dikurniakan tiga cahaya mata lelaki. Manakala Fuad pernah berkahwin sebanyak dua kali dan mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan pertama.

Khairil Khusyairi