[VIDEO] Buat Kejutan Di Majlis Shuib & Watie, Penampilan Dayang Nurfaizah Buat Netizen Terpukau! – “Beauty Inside Out”

Umum mengetahui semalam telah berlangsung meriah majlis pernikahan pelawak popular Shuib bersama pilihan hatinya, Watie Hanifiah di Putra Glass House, Shah Alam.

Dalam majlis yang penuh indah itu, kedua mempelai yang tampil segak mengenakan busana dari pereka fesyen tersohor, Fizi Woo itu diraikan keluarga dan rakan-rakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat Nikahi Watie, Shuib Tamatkan Zaman Duda Dengan Sekali Lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan Dayang Nurfaizah, Anak Gadis Menangis, Dewan Black Out 5 Kali… Ini Corat Coret Menarik Majlis Nikah Shuib & Watie

Lebih manis, hari bahagia pasangan raja sehari itu turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi-penyanyi popular tanah air.

Namun apa yang membuatkan majlis tersebut lebih meriah apabila kemunculan penyanyi Dayang Nurfaizah yang membuat kejutan dengan menghadiahkan lagu Mencintaimu nyanyian asal Kris Dayanti kepada pengantin dan tetamu.

Ternyata, persembahan istimewa tersebut menambahkan seri pada malam yang penuh bersejarah itu.

Dayang yang tampil anggun mengenakan busana rona maroon itu turut mendapat perhatian di media sosial apabila rata-rata warganet memuji kecantikan penyanyi tersebut.

Rata-rata warganet ibarat terpukau melihat penampilan Dayang yang kekal jelita. Malah, ada juga yang mengagumi fizikal pelantun lagu Di Pintu Syurga itu yang dikatakan sangat langsing.

Khairil Khusyairi