Kes Pemain Bola Sepak Belasah Kekasih: “Saya Ada Banyak Bukti, Tapi Enggan Buka Aib”

Pemain bola sepak, Mohd Rizal Mohd Ghazali yang didakwa mengasari teman wanitanya menyerahkan kepada mahkamah untuk mengadili atas dua pertuduhan terhadapnya.

Menerusi laman Instagram (IG), Rizal yang lebih mesra disapa Jai memaklumkan dia tidak mahu membuka aib wanita berkenaan walaupun dia mendakwa mempunyai banyak bukti.

“Jai ada banyak bukti, tetapi Jai tidak akan membuka aibnya.

“Biarlah mahkamah mengadili dan menegakkan keadilan. Aib seseorang itu amanah,” tulis Rizal ringkas.


Sebelum ini, pengurusan Sabah FC memaklumkan kemungkinan tidak akan ‘merehatkan’ atau menggantung pemain pertahanannya itu.

Isnin lalu, Rizal didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas dua pertuduhan memukul dan merosakkan telefon bimbit teman wanitanya, dua minggu lalu.

Namun, Rizal bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Zhafran Rahim Hamzah.

Awal Jun lalu, media melaporkan seorang bekas pemain kebangsaan dan masih aktif dengan sebuah pasukan terkenal dipercayai membelasah kekasihnya sehingga cedera selepas berlaku pergaduhan antara mereka di sebuah hotel.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dicekik & Dihempas Ke Lantai, Kekasih Dedah ‘Dibelasah’ Pemain Bola Sepak Tempatan

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain Bola Sepak ‘Belasah’ Teman Wanita Ditahan Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih Pemain Bola Sepak Pula Ditahan Polis

Khairil Khusyairi