[VIDEO] Selepas Lebih Sebulan, Fizo Omar & Isteri Kongsi Wajah Anak Kedua…Pilih Nama Wan Umaira

Umum mengetahui selebriti dan usahawan Fizo Omar baru sahaja menimang cahaya mata kedua bersama isterinya, Fazeera Nazri pada Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ia Diluar Jangkaan Saya Setahun Ada Dua Anak” – Fizo Omar

Terkini, Fizo atau nama sebenar, Wan Hafizol Wan Omar, akhirnya menamatkan teka-teki peminat apabila mendedahkan nama puteri bongsunya itu kepada umum di Instagram (IG).

Menerusi perkongsian itu, Fizo memuat naik momen-momen dia dan keluarga kecilnya itu pada majlis tahnik anak keduanya itu.

Pada majlis itu, Fizo telah mengumumkan nama bayi perempuannya yang diberi nama Wan Umaira.

“Majlis tahnik puteri ketiga kami, Wan Umaira binti Wan Hafizol,” tulisnya ringkas.

Untuk info, Fizo dan isteri, Fazeera Nazri telah melangsungkan perkahwinan pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.

Fizo juga mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu iaitu Wan Maryam, 5 tahun.

Khairil Khusyairi