[VIDEO] “Walaupun Rasa Down, Sunyi.. Tapi Anak-Anak Penguat Semangat” – Bella Astillah Harap Sesama Wanita Tak Saling Meruntuhkan Kebahagiaan

Luahan hati penyanyi dan pelakon, Bella Astillah yang mengakui perasaan dan hatinya bagai kaca yang remuk dek kontroversi rumah tangganya telah menyentuh hati ramai pihak.

Menerusi video tular di platform TikTok, isteri kepada aktor sensasi, Aliff Aziz ini mengakui kehidupannya sunyi, namun kehadiran kedua-dua anak dalam kehidupannya adalah satu Anugerah yang paling bermakna.

“Walaupun Bella rasa down ataupun rasa sunyi, sakit hati, kecewa, hancur, tapi ada anak-anak inilah anugerah yang Allah bagi sebab rupanya dioranglah peneman hidup Bella,” katanya.

Sementara itu, dalam video sama juga Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah sempat menitipkan pesanan kepada wanita lain di luar sana untuk tidak meruntuhkan kebahagiaan sesama wanita.

“Seboleh-bolehnya sebagai wanita janganlah kita menjatuhkan wanita lain, terutamanya kebahagiaan mereka.

“Sebab benda tu akan berbalik pada diri kita. Kalau boleh kita ni nak hidup dalam ketenangan, dalam kebaikan.

“Jadi saua rasa women support women saja,” tuturnya.

@roses_officials

😭💔 #trending #fyp #foryou #bellaastillah #bella

♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen menitipkan kata-kata semangat untuk Bella yang diuji dalam perkahwinannya bersama penyanyi, Aliff.

Terdahulu, selebriti sensasi Aliff sekali lagi dilanda kontroversi apabila ditangkap khalwat kerana didakwa bersekedudukan dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.

Dalam pada itu, menerusi satu kenyataan dimuat naik di Instagram, Ruhainies mengatakan dia hanya mengajak Aliff yang merupakan rakan baik selama 10 tahun untuk makan bersama ahli keluarga di kediaman miliknya.

Enggan menyimpan dendam, Bella bagaimanapun telah memaafkan Ruhainies namun tidak akan dapat melupakan episode hitam yang meluluhkan hatinya itu.

Bagaimanapun, Bella memfailkan penceraian pada 11 Mac lalu susulan kontroversi tersebut.

Artikel Berkaitan: Pernah Bertindak ‘Censored’ Muka Ruhainies, Jenama Kecantikan Ini Lantik Bella Astillah Jadi Wajah Kempen

Artikel Berkaitan: Anak Dah Balik Ke Pangkuan Keluarga, Ibu Aliff Aziz ‘Unfollow’ Bella Astillah – “Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan”

Artikel Berkaitan: Didakwa Perangkap Aliff Aziz, Ini Jawapan Bella Astillah

Artikel Berkaitan: “Saya Jemput Dia Makan Bersama Keluarga” – Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Buka Mulut… Sedia Bincang Dengan Bella Astillah

Artikel Berkaitan: ‘Unfollow’ Ruhainies, Bella Astillah ‘Block’ Aliff Aziz?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak-Anak Tak Terkesan Isu Panas Aliff Aziz, Bella Astillah Harap Penceraian Dapat Perbaiki Diri Masing-Masing

Aqilah Paharuzi