[VIDEO] Wawa Zainal, Aeril Zafrel Disakat Untuk Cium Mulut, Netizen Minta Hormat Orang Single

Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan isteri tercintanya, Wawa Zainal mencuri perhatian ramai apabila tular sebuah video memaparkan momen manis mereka.

Video pendek berdurasi 20 saat itu dimuat naik oleh salah seorang agent tudungnya, Wawa Scarves yang memaparkan pasangan ini sedang membuat video bersama.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, video tersebut seperti video lama yang dimuat naik semula oleh agent tersebut untuk mempromosikan tudung Wawa Scarves keluaran bersama Wawa x KimNi in Bali.

Menerusi video itu, Wawa dan Aeril yang sedang berpelukan ketika berada di pantai dalam keadaan senja itu disakat oleh pekerja-pekerjanya agar mereka bercium.

Lalu bibir mereka bersentuhan dalam beberapa saat dan masing-masing tersipu malu melakukan aksi tersebut di khalayak ramai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat pasangan ini yang sentiasa romantis bersama.

Ada juga segelintir daripada mereka yang mengkritik perbuatan mereka itu kerana dianggap tidak manis.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 44,000 tontonan, 800 tanda suka dan lebih 40 komen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Tak Ada Masalah Dengan Sophia Albarakbah, Cuma Geli Aeril Zafrel Puji Perempuan Lain Manja” – Wawa Zainal

Aqilah Paharuzi