Categories: AcaraFeatured

Bertemakan ‘People-First Equation’, Acara Tahunan REV Media Exploding Content 2023 Kini Kembali Untuk Perkasakan Kandungan

Acara tahunan penerbit digital terkemuka Malaysia, REV Media Group (REV) iaitu Exploding Content kini kembali untuk memperkasa pencipta kandungan dengan strategi berpusatkan pengguna.

Buat julung kalinya, edisi Exploding Content 2023 memberi tumpuan kepada tema ‘The People-First Equation: Kesan Gelombang dari Berfikir Seperti Pengguna’, yakni pasti akan menjadi game-changer.

Pada tahun ini, Exploding Content 2023 dijadualkan berlangsung pada 12, 13, dan 14 September bertempat di The Colony, KL Eco City.

Acara ini akan menampilkan beberapa sesi setiap hari, memenuhi jadual hadirian yang pelbagai pada jam 10:30 pagi, 2:00 petang dan 4:00 petang.

Acara tahun ini bertujuan untuk melengkapi para hadirin dengan alat dan pengetahuan yang diperlukan untuk meningkatkan strategi penciptaan kandungan mereka menerusi pendedahan dalam pakej-pakej baru yang menarik serta direka untuk memperkasakan jenama, perniagaan, dan usahawan.

Selain itu, acara ini bertujuan untuk merapatkan jurang antara segmen khalayak yang pelbagai dan pencipta kandungan, membolehkan mereka mengaplikasikan pembelajaran tersebut dengan segera untuk meningkatkan kempen mereka sendiri.

Mengetengahkan konsep: “Berfikir seperti seorang pengguna sebelum berfikir seperti seorang pemasar’, REV mengiktiraf anjakan paradigma ke arah penciptaan kandungan yang mengutamakan komuniti.

Para pemasar, pengurus jenama dan produk, pemilik perniagaan, profesional media, dan semua yang berminat untuk terus maju dalam dunia penciptaan kandungan dijemput untuk turut serta dalam Exploding Content 2023.

Acara tiga hari ini menjanjikan pengalaman keseluruhan yang akan memberi inspirasi, mendidik, dan mengubah cara konsep dan penyampaian kandungan.

Jangan lepaskan peluang ini untuk merevolusikan strategi penciptaan kandungan anda. Daftar untuk Exploding Content 2023 hari ini dengan mengklik di sini. Jumpa anda nanti!

Aqilah Paharuzi