[VIDEO] “Ya, Saya Single! Tapi Tak Available” – Nadia Annuar Sah Bercerai Kali Kedua

Bekas pengacara sensasi yang juga kakak kepada pelakon, Harris Annuar iaitu, Nadia Annuar berkongsi dia kini berstatus single selepas  rumah tangga yang dibina selama lapan tahun bersama bekas suaminya yang juga usahawan, Hafiz Salleh sudah berakhir.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Nadia menerusi temu bual yang disiarkan di Instagram sebuah majalah wanita popular sejak Selasa.

Enggan mendedahkan secara terperinci mengenai perpisahan tersebut, Nadia bagaimanapun sebak dan menjelaskan buat masa ini dia ingin memberikan fokus terhadap diri sendiri dan anak-anak.

“Saya kini ‘single’ tapi tak ‘available’. Buat masa ini, saya ingin berehat daripada bercinta atau mempunyai sebarang hubungan.

“Mummy pun suruh saya fokus pada diri sendiri dan buat apa yang saya inginkan termasuk fokus kepada anak-anak.

“Saya memiliki sepasang dua cahaya. Walaupun mereka tidak tinggal bersama atas sebab tertentu, tetapi saya cuba untuk sentiasa ada ketika anak-anak memerlukan,” katanya.

 

Walaupun pelbagai dugaan terpaksa ditempuh, dia mengaku belajar untuk menjadi kuat dan mahu fokus terhadap kerjaya pengacaraannya termasuklah dalam pelbagai bahasa.

“Sekarang saya just trying to survive hari demi hari despite everything that happend in my life. 

“Tapi sekarang saya tengah cuba untuk explore kelebihan saya yang lain iaitu cakap dengan pelbagai bahasa contohnya, kita ada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Thailand. Jadi saya selalunya buat MC dalam tiga bahasa jadi tak perlu translator sebab saya boleh cakap dan faham. 

“Selain tu, saya juga banyak terlibat dengan kerja pengacaraan bersama embassy luar,” jelasnya.

Terdahulu, Nadia pernah mengejutkan ramai pihak selepas tampil melepaskan hijabnya pada ulang tahun kelahirannya yang ke-39 sekitar Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Nadia Annuar Kini Selesa ‘Free Hair’

ARTIKEL BERKAITAN: “Pijak Sampai Puas, Kalau Tak Puas… Pijak Sampai Mati!” – Tampil ‘Free Hair’, Nadia Annuar Mohon Jangan Salahkan Ibu

Sumber: Instagram
Salma Syahbuddin