Categories: HiburanTrending

Kongsi Ciri-Ciri Wanita Idaman, Mierul Aiman Mahu Yang Memahami & Berdarah Kacukan – “Kalau Mix Ada Rencah Sikitlah”

Pelakon baharu, Mierul Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 25, berkongsi ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan sebagai pasangan hidup.

Menerusi video temubual bersama sebuah radio terkenal, Mierul memberitahu bahawa dia menginginkan wanita yang mempunyai darah kacukan dan yang memahami dirinya.

“Yang pertama memahami. The second one is… dia kuning langsat (warna kulit), dia ada mix (darah kacukan) lah sebenarnya. Dia kalau mix ni ada rencah sikitlah,” katanya.

Susulan itu, penyampai radio, Azad Jasmin memberi gambaran ciri-ciri wanita idaman pelakon itu adalah seperti pelakon cantik Anna Jobling.

“Kalau tengok dalam industri lebih kurang macam Anna Jobling betul tak?” ujar Azad.

Menjawab pertanyaan Azad, dia juga mengakui bahawa wanita idamannya memiliki ciri seperti Anna Jobling.

“Boleh dikategorikan macam itu juga la,” jelasnya lagi.

Artikel Berkaitan: Mierul Aiman Makin ‘Laku’, Tak Anggap Pelapis Baru Jadi Saingan – “Kalau Dia Tak Pandai Menyerang, Dia Pasti Pandai Bertahan”

Artikel Berkaitan: “Tolong Pulangkan Mierul Yang Dulu” – Makin Seksi! Mierul Aiman ‘Belanja’ Foto Ketiak?

Artikel Berkaitan: Dah Lama Idam Watak Aksi Energetik, Mierul Aiman Teruja Dapat Buat Aksi ‘Stunt’ Sendiri

Artikel Berkaitan: Mierul Aiman Tayang Gambar ‘Sixpack’, Netizen Tak Keruan -” Garing! Tengok Lama-Lama Auto Bergetar Ovari”

Atiqah Johari