[VIDEO] “You Are Amazing Funny Guy! Tapi Bila Gaduh…”- Uqasha Senrose ‘Blur’ Titip Ucapan Perkahwinan Buat Kamal Adli

Pelakon jelita, Uqasha Senrose memuat naik hantaran berupa nukilan buat suami tersayang yang juga pelakon popular, Kamal Adli sempena ulang tahun perkahwinannya yang pertama.

Berkongsi nukilan itu menerusi hantaran di Instagram, Uqasha atau nama penuhnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 30, berkata, meskipun berdepan dengan pelbagai dugaan sepanjang tempoh setahun perkahwinan namun, dia bersyukur kerana dikurniakan Kamal Adli sebagai suaminya.

“Happy first anniversary abang. Speechless! Terlalu banyak perkara yang saya ingin katakan tetapi saya blur.

“Walau macam-macam dugaan pahit manis kita baru lalui selama setahun tapi kita berjaya lalui sayang,” tulisnya.

Dalam pada itu, Uqasha turut berkongsi beberapa keping foto dirinya bersama Kamal untuk tatapan peminat.

 

Sementara itu, Uqasha juga menyifatkan suaminya itu  sebagai seorang yang kelakar dan hebat.

“Abang please tahu saya sentiasa berbangga memiliki awak sebagai suami saya dan sentiasa menyokong awak sampai bila-bila, Insya Allah. Terima kasih sayang untuk segala-galanya. You are amzing funny guy. Tapi bila baloh (gaduh) juga.

“Biasalah tu adat rumah tangga kan kata orang tua-tua, kita ikut je. Love you abang my love and forever love. Aamiin,” katanya.

Menjenagh di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa gembira dan mendoakan agar perkahwinan Uqasha dan Kamal Adli berkekalan hingga ke syurga.

Untuk rekod, Uqasha Senrose dan Kamal Adli selamat bergelar pasangan suami isteri pada 5 November 2021.

 

Salma Syahbuddin