Individu Komen Badan Uyaina Arshad Berisi Lepas Bersalin, Mona Allen Pertahankan – “Komen Jenis Apa Ni?”

Pengacara Uyaina Arshad mengakui sedih kerana sukar untuk menurunkan berat badan selepas bersalin.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story melalui Ask Me Question, seorang individu mengatakan dirinya semakin berisi selepas bersalin.

“Lepas bersalin ni badan makin berisi..maaf ye Uyaina,” kata individu berkenaan.

Menurut Uyaina, dia bersetuju dengan kenyataan individu itu dan sedang berusaha keras untuk menurunkan berat badan.

“Sedihnya, ini memang betul. Lepas bersalin, bila tengok perut dekat cermin, rasa macam tengah mengandung 4 bulan. Sebab perut buncit (sangat) selepas bersalin.

“Sekarang Yana dah 2 bulan lepas bersalin. Sukar juga nak turunkan berat badan. Nak kecikkan inci badan balik. Walaupun jaga makan,” jelasnya.

Tambahnya, dia juga perlu berhati-hati kerana sewaktu bersalin anak sulung dia menggunakan kaedah c-section.

“Tapi, perlahan-lahan. Lebih-lebih lagi sebab Yana c-sec. Beza dengan lahir normal. Tapi tak apa. Perlahan tapi membuahkan hasil,” ujarnya.

Berdasarkan pemerhatian Xtra, pelakon Mona Allen turut meluahkan rasa marah dengan kenyataan individu tersebut.

“Komen jenis apa ni??! Baru bersalin, you expect magic terus kurus??? Lepastu belakang tulis maaf,” katanya di Instagram Story miliknya.

Maya Basir