[VIDEO] Cleopatra Dedah Sebab Bertanding PRU 15 – “Banyak Aduan Saya Suarakan Tapi…”

Usai sesi pencalonan Pilihan Raya ke-15 (PRU) yang berlangsung semalam, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, 28 atau lebih dikenali sebagai Cleopatra tampil mendedahkan sebab bertanding untuk Parlimen Batu.

Cleopatra menjawab persoalan ramai pihak menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya yang cuba mengetengahkan suara organisasinya, HAWA tidak diendahkan oleh pihak berwajib.

Mengulas lebih lenjut, suara HAWA yang mengetengahkan isu berkaitan pendidikan, pekerjaan dan bantuan kos sara hidup tidak didengari menjadi asbab Cleopatra tekad untuk bertanding.

“Soalan yang sering diajukan kepada saya ialah kenapa saya bertanding sebagai calon Bebas pada PRU15. Sebagai pengasas Hawa, banyak kerja kemasyarakatan saya selama ini agak terbatas.

“Ini kerana HAWA tidak mempunyai suara cukup kuat untuk membantuk rakyat terutama dari sudut pelajaran, peluang pekerjaan dan bantuan kos sara hidup.

“Banyak usaha dan aduan saya ketengahkan kepada pihak berwajib terutamanya kerajaan dipandang sebelah mata dan tidak mendapat layanan.

“Menafikan hak penduduk Batu untuk mendapat pembelaan yang  wajar adalah perkara yang amat mengecewakan. Justeru, saya menawarkan diri sebagai calon Bebas supaya dapat membawa pembaharuan dan mengubah Parlimen ini ke arah lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, Cleopatra bakal berebut kerusi di Parlimen Batu bersama sembilan calon yang lain seperti bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua, ahli Pakatan Harapan (PH), P Prabakaran dan aktivis, Siti Kasim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kassim.

Kredit foto: NSTP/Azhar Ramli

Aqilah Paharuzi