[VIDEO] Zamani Diusung Turun Pentas, Netizen Titip Doa – “Sedihnya Tengok Keadaan Dia…”

Penyanyi Zamani dijemput untuk membuat persembahan di Pesta Orkid & Flora di Kuala Rompin, Pahang, semalam.

Menerusi perkongsian di TikTok @lilyforiz, kelihatan Zamani diusung turun dari pentas sambil berpapah untuk berjalan seusai membuat persembahan.

“Sedih je tengok depan mata keadaan Zamani semalam,” tulisnya.

@lilyforiz Sedih je tgok depan mata keadaan zamani smlm.. #Pestaorkid #zamanislam #kualarompinpahang🇲🇾 #foryoupage #berandafyp ♬ Kurnia – Slam

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan keadaan pelantun lagu Gerimis Mengundang itu dan mendoakan agar Zamani diberikan kesihatan yang baik.

“Aduh sedih nya tengok keadaan dia…ni masa dia masa kita nanti tak tahu macam mana nanti.

“Allahuakbar sedihnya tengok. Semoga diberi kesihatan yang baik Abang Zamani.

“Sedihnya. Semoga Abang Zamani akan pulih selepas operation nanti,” komen netizen.

Sekadar info, Zamani menghidap penyakit skoliosis dan akan menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung pada awal November depan.Penyanyi Zamani dijemput untuk membuat persembahan di Pesta Orkid & Flora di Kuala Rompin, Pahang, semalam.

Menerusi perkongsian di TikTok @lilyforiz, kelihatan Zamani diusung turun dari pentas sambil berpapah untuk berjalan seusai membuat persembahan.

“Sedih je tengok depan mata keadaan Zamani semalam,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan keadaan pelantun lagu Gerimis Mengundang itu dan mendoakan agar Zamani diberikan kesihatan yang baik.

“Aduh sedih nya tengok keadaan dia…ni masa dia masa kita nanti tak tahu macam mana nanti.

“Allahuakbar sedihnya tengok. Semoga diberi kesihatan yang baik Abang Zamani.

“Sedihnya. Semoga Abang Zamani akan pulih selepas operation nanti,” komen netizen.

Sekadar info, Zamani menghidap penyakit skoliosis dan akan menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung pada awal November depan.

Maya Basir