[VIDEO] Zoey Rahman Wish Birthday Anna Jobling, Netizen Harap Kekal Tabah – “Kesian Kena ‘Friendzone'”

Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman menjadi perbualan netizen selepas memuat naik sebuah video yang ditujukan khas kepada aktres baharu, Anna Jobling sempena ulang tahunnya yang ke-22 tahun.

“Hari ini, adalah hari di mana seseorang yang begitu baik dilahirkan di dunia. Selamat Ulang tahun untukmu. Kamu adalah orang yang sangat istimewa. Terima kasih telah menambah keceriaan di dunia ini,” kata suara latar yang digunakan Zoey dalam video tersebut.

Menerjah ke ruangan komen hantaran tersebut, nama pelakon lelaki baharu, Meerqeen turut diseru oleh pengikut-pengikutnya yang seperti tidak ‘keruan’ melihat ucapan manis Zoey kepada Anna.

Dek kerana bahang penangan drama Melur Untuk Firdaus, hubungan antara Anna dan Meerqeen dikatakan ‘bercinta’, lebih-lebih lagi selepas mereka sering berkongsi momen sweet bersama yang tular di media sosial.

Justeru itu, ada dalam kalangan netizen yang mengusik Zoey kerana ‘di reject’ oleh Anna meskipun mempunyai rupa fizikal yang sangat tampan.

“Handsome gini pun kena friendzone. Bertabah la bro,” tulis netizen berkenaan.

Sementara itu, netizen turut sempat berseloroh Meerqeen kini ada persaingan untuk memenangi hati Anna.

Namun begitu, ada setengah netizen yang berkata Anna dan Zoey hanya berkawan rapat.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah mencecah sebanyak 600,000 tontonan, 400 komen dan 40,000 tanda suka.

Aqilah Paharuzi