[VIRAL] Lari Dan Hilangkan Diri, Sajat Tutup Muka Dengan Tudung Sebab Nak Elak Jemaah Malaysia

Kelibat Sajat dilihat masih berada di Mekah!

Laporan yang mengatakan Sajat telahpun meninggalkan Tanah Suci Mekah semalam mungkin tidak betul. Ini kerana, beberapa individu mengakui terlihat usahawan kosmetik itu disana siap lengkap berpakaian wanita. 

Kelihatan tergesa-gesa sambil menutup muka

Menerusi perkongsian seorang ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Hj Taufik, beliau yang membawa para jemaah mengerjakan umrah di Mekah mendakwa terserempak Sajat dan rakan-rakannya di Masjidil Haram, Mekah. Dan, sebaik sahaja kelibat mereka dilihat oleh para jemaah Malaysia, Sajat dan rakan-rakannya telah melarikan diri dan menutup mukanya dengan menggunakan hijab.

Bagaimanapun, ustaz tersebut menjelaskan beliau tidak sempat untuk memaklumkan kepada pihak polis kerana mereka hilang dengan sekelip mata. 

Sumber : Facebook

Betul ke itu abang Jatt?

Walaupun gambar tersebut dimuat naik menerusi laman Facebook milik ustaz Taufik, namun segelintir netizen mempersoalkan tentang bentuk badan Sajat yang kelihatannya sedikit berisi.

Sumber : Facebook

Takut jatuh fitnah

Ada juga netizen yang tidak bersetuju bahawa gambar yang dimuat naik itu sebenarnya bukanlah Sajat seperti yang digembar-gemburkan, takut nanti tuduhan ini tidak betul sekaligus jatuh fitnah.

 

Sumber : Facebook

So, ikutlah pendapat masing-masing okay! Siapa nak percaya, terpulang. Yang penting jangan mengata kat belakang pula ye!

Salma Syahbuddin