[VIRAL] World Of The Married, K-drama Paling Trending Sentuh Hal Curang Dalam Rumah Tangga

Plot twist terbaik!

Selain melakar sejarah JTBC dengan tayangannya yang mengutip penilaian paling tinggi, tidak hairanlah, sekiranya World Of The Married mengatasi pencapaian K-drama lain seperti Itaewon Class bermula episod 6 tayangan drama ini.

Sumber : Soompi

Drama yang menjadi pilihan penonton ini mengetengahkan tentang isu rumah tangga yang terpalit dengan isu pasangan yang berlaku curang.

Siap ada segelintir netizen yang begitu emosional tengok cerita ni. Yang paling tak tahan, ada yang siap sediakan panadol!

Sumber : Facebook

Selain itu, plot twist drama ini juga sukar dijangka. Sehingga menyebabkan peminat fanatiknya tidak sabar untuk menyaksikan apakah yang bakal berlaku pada episod seterusnya.

Malah, jalan cerita drama ini juga bukan hanya berkisarkan tentang suami yang curang tetapi, bagaimana Jin Sun Woo (Kim Hae-Ae) menunggu masa dan peluang untuk beliau membalas dendam terhadap suami dan rakan-rakannya.

Apapun, sebagai penonton kita boleh mengambil pengajaran menerusi cerita ini okay! Tapi jangan pula sampai terbawa-bawa emosi tu. Bak kata pepatah “Buang yang keruh, ambik yang jernih”.

Salma Syahbuddin