Categories: FeaturedTrending

Dedikasi video ‘selamat hari lahir to hero’ untuk Dr Noor Hisham, si cilik Shanice Lim tular!

Selepas ‘surat’ cinta Lara Khadijah, seorang lagi kanak-kanak tular apabila video ucapan ulang tahun dan aprisiasi buat wira negara, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mendapat perhatian warga siber.

Kanak-kanak comel berusia empat tahun bernama Shanice Lim itu mencuit hati ramai bukan sahaja kerana kepetahannya berbahasa Melayu tetapi aksi lakonan cemerlangnya.

Antara babak mencuit hati, saat ditanya bapanya mengenai apa yang dilukis, dia membalas ‘hero’.

Kemudian babak seterusnya, memperlihatkan topeng kertas diperbuat daripada kertas A4 tertera nama Hisham (Dr Noor Hisham).

Sumber: Facebook Saifulizan

Ah Ma, tak boleh keluar!

Babak lain yang tidak kurang menarik, Shanice tidak membenarkan neneknya keluar dari rumah.

Sebelum, beralih babak membantu Ah Gong (datuk) memakai topeng muka, di samping memberi pesanan agar sentiasa mencuci tangan bagi menjaga kebersihan diri.

Si cilik ini menggunakan aplikasi TikTok untuk menyampaikan ucapannya, ditambah efek lagu Marvel, menghidupkan lagi perjalanan video ini.

Foto: Facebook Saifulizan

“Happy birthday to hero…”

Sebagaimana umum tahun, Dr Noor Hisham baharu saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-57 pada 21 April lalu.

Menitipkan pesanan berguna daripada Datuk Dr Noor Hisham kepada masyarakat sepanjang video yang dikongsi lebih 12,000 pengguna Facebook itu, Shanice turut mengucapkan terima kasih dan rasa sayang terhadap Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia itu yang menyentuh hati.

Foto: Facebook Saifulizan

Siap menyanyi lagu selamat hari jadi lagi, Comel betul!

Yanie Baharom