Cili Padi Alasan Vokal Ayu Tak Sehebat Dulu?

Penyanyi Ayu Damit mengaku tahap vokalnya tidak lagi sama seperti di awal kemunculannya dahulu.

Ayu atau Norayu Damit berkata walaubagaimanapun faktor berkenaan tidak menghalang dia menerima undangan nyanyian.

“ Saya masih ada cuma tak seaktif dulu. Tawaran masih ada cuma bila menyanyi saya akui kekuatan vokal sudah tidak sama macam dulu.

“ Kemampuan menyanyi bila disuruh tarik tinggi agak sukar bagi saya lebih-lebih lagi disuruh menyanyi sebagaimana di awal kemunculan dahulu. Mungkin atas faktor umur dan sebagainya,” katanya kepada xtra.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini memaklumkan dirinya kini fokus dalam perniagaan cili.

“ Alhamdulillah…selepas dua tahun mengusahakan tananam cili, saya dan suami sudah nampak hasil.

“ Buat masa ini saya perlu fokus dalam perniagaan ini. Tunggu sampai ia betul-betul stabil, saya mahu buat kemunculan semula,” katanya kepada xtra.

Pemenang program realiti One In A Million ini juga sedang mencari material yang sesuai untuk diketengahkan pada tahun 2019.

SGMS Faida