Wajah Didakwa Seiras, Rita Nadira Puji Kejelitaan Zahirah Macwilson – “Dia Lebih Cantik”

Pelakon Rita Nadira memuaskan hati pengikutnya selepas menerima banyak pujian yang menyatakan wajahnya seirias dengan aktres jelita, Zahirah Macwilson.

Menerusi perkongsian di TikTok, Rita menyatakan kejelitaan Zahirah jauh lebih cantik berbandingnya sewaktu membalas komen salah seorang peminat.

”Saya rasa bukan awak seorang je yang cakap saya iras Zahirah Macwilson. Ramai juga yang cakap tapi saya rasa macam Zahirah lebih cantik daripada sayalah kan obviously.

”Dan disebabkan itu saya telah mengambil gambar bersama Zahirah Macwilson di salah satu event yang saya pergi dan korang boleh nilai sendirilah sama ke tak muka saya dengan Zahirah Macwilson,” katanya.

@ritanadira_ Replying to @Azalia Alis ada iras ke? #ritanadira #zahirahmacwilson #foryoupage #fyp ♬ original sound – Rita Nadira

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata peminatnya memuji kecantikan kedua-dua pelakon itu dan mengatakan mereka seperti adik-beradik.

“Yess memang ada iras sikit. Bila Rita mula berlakon dulu ingat Zahirah juga. Sama cantik sama tinggi.

”SAMALAAA! Bothhh cantik.

“Sama la sis. Macam kakak dan adik,” komen peminatnya.

Namun, ada juga pengikutnya yang mengatakan wajah Rita lebih seiras dengan Rita Rudaini.

Fatin Nurain