Wanita Berniqab Dikecam, Michael Ang Beri Teguran ‘Halus’ Buat Netizen – “Ada Saja Yang Tak Betul”

Umum tahu, pengarah dan pelakon Michael Ang sentiasa lantang dalam mengutarakan pendapat dan memberi teguran halus terhadap warganet di media sosialnya.

Terkini, Michael tampil membahaskan mengenai isu wanita berniqab dikecam dek kerana sikap segelintir masyarakat yang sentiasa mencari kesalahan orang lain.

Menerusi perkongsian di Instagram, pengarah itu telah memuat naik sebuah kenyataan yang menyatakan sikap segelintir masyarakat yang sentiasa mencari kesalahan orang lain.

“Salam semua. Sekadar pendapat kita aje. Sebab terlalu banyak benda tak betul kat Malaysia ni which tak masuk akal! Pendapat kita aje ok Jangan marah n nak maki maki! Luv u all,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons daripada pengikutnya dari sudut positif dan negatif.

 

 

Terdahulu, ada pihak yang mempertikaikan tujuan asal selebriti terkenal Neelofa berniqab selepas melihat kecantikan matanya yang dikatakan mampu menarik perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Pandangan Mata Neelofa ‘Memukau’, Namun Netizen Persoal Tujuan Berniqab? – “Dah Jatuhkan…”

Fatin Nurain