[VIDEO] “Dia Tolong Pin Tudung Belakang, Ikatkan Baju…” – Neelofa Dedah Gaya & Penampilan ‘Approval’ PU Riz

Selepas membuat keputusan untuk tampil mengenakan niqab, penampilan usahawan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor menerima maklum balas positif dari banyak pihak.

Malah, keputusannya itu menjadi menjadi inspirasi ramai orang untuk berubah ke arah kebaikan.

Bagaimanapun, terdapat segelintir dalam kalangan netizen yang kurang berpuas hati melihat penampilannya itu kerana beranggapan niqab yang digayakan agak keterlaluan, apatah lagi memperlihatkan solekan mata.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Pandangan Mata Neelofa ‘Memukau’, Namun Netizen Persoal Tujuan Berniqab? – “Dah Jatuhkan…”

Namun, menerusi perkongsian video yang dimuat naik semula di Instagram Lofa Page, Neelofa memaklumkan gaya dan penampilannya kini adalah berdasarkan ‘approval’ dari suami tercinta, pendakwah selebriti Muhammad Haris Ismail atau PU Riz.

“Dia lah yang tolong pin kan tudung belakang saya, yang tolong ikatkan baju, yang approve kan look saya,” tulisnya pada paparan video berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, netizen turut mengatakan orang ramai tidak perlu terus-menerus mengkritik penampilan Neelofa selepas ini memandangkan gaya dan tata riasnya itu telahpun mendapat keizinan dari suami.

 

Terdahulu, warganet mengkritik solekan mata Neelofa kerana beranggapan ia menjatuhkan martabat pejuang wanita Islam meskipun memakai niqab.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Bercuti Ke Langkawi, Ramai Puji Penampilan Neelofa & Haris -“Simple Tapi Tetap Cantik, Steady Je Dengan Seluar Trek”

ARTIKEL BERKAITAN:“Memang Rasa Tak Sedap Hati” – Terkejut! Neelofa Dedah Nyaris Berdepan Banjir Besar Ketika Di Langkawi

ARTIKEL BERKAITAN:“Spoil Plan Marketing Neelofa…”- Tak Menepati ‘Expectation’, Netizen Samakan Muka Bilal Dengan Anak Siti Nurhaliza

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Sering Dihujani Soalan, Neelofa Kongsi Tips Untuk Istiqamah – “Tak Ada Cara Lain, Kena Paksa!”

 

Salma Syahbuddin