Selepas Dilabel ‘Daring’, Kini Penampilan Berhijab Nad Zainal Di Thailand Cetus Tanda Tanya

Dramatis terkenal, Nad Zainal sekali lagi mencuri perhatian selepas kerap memuat naik fotonya mengenakan hijab di laman Instagram baru-baru ini.

Malah, dia juga turut berkongsi beberapa video dengan imej terbabit sepanjang menjalani penggambaran di Thailand.

Bagaimanapun, penampilannya itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya, sama ada dia kini sudah berhijab atau sekadar menjayakan watak dalam lakonan.

Menjengah di ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata peminat berasa gembira dengan penampilannya terbaharunya itu.

Malah, ada yang mendoakan agar pelakon popular drama rantaian Hati Yang Tersakiti itu istiqamah dalam menjaga auratnya.

Sebelum ini, Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, enggan memeningkan kepala terhadap pendapat netizen yang mengecam penampilannya kerana sebagai pelakon, dia perlu menjadi diri sendiri selain perlu bersikap profesional.

ARTIKEL BERKAITAN:Lebih Daring Selepas Bergelar ‘Miss J’? Nad Zainal Jawab Status Hubungan Dengan Ungku Ismail -“Kami Memang Nak Kantoikan Diri”

ARTIKEL BERKAITAN:“Bukan Riak Tapi Saya Rasa Lebih Tenang…”- Nad Zainal Ulas Isu Perceraian, Akui Berat Badan Pun Makin Bertambah

ARTIKEL BERKAITAN:“Bukan Nak Tunjuk Alim!”- Nad Zainal Akui Lebih Selesa Pakai Baju ‘Baggy’ Masuk Gym

ARTIKEL BERKAITAN:Bertahan atau Pergi? Ini Respons Nad Zainal Kepada…

ARTIKEL BERKAITAN:“Tiada Pihak Ketiga..” – Nad Zainal Perjelas Isu Video Tular

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Isu Cerai, Video Nad Zainal Beri ‘Hint’ Konflik Rumah Tangga Viral – “If Tak Ada Hati, Cakap Terus Terang… Tak Payah Tipu

Salma Syahbuddin