“Tangan Menggigil & Diserang Panik Bila…”- Dedah Jumpa Pakar Psikiatri Sejak Berusia 18 Tahun, Caprice Beri Respons Terhadap Individu Tuduh Dirinya Hidap HPD

Setelah berdepan dengan beberapa siri kontroversi sehingga didakwa mempunyai penyakit gangguan personaliti atau histrionic personality disorder (HPD), penyanyi rap Caprice akhirnya membuat pengakuan bahawa dia mempunyai masalah melibatkan dirinya.

Caprice berkata, sejak berusia 18 tahun sehinggalah ke hari ini, dia telahpun berjumpa dengan pakar psikiatri untuk menangani masalah yang dihadapi termasuklah, masalah anxiety dan insomnia.

Malah, kedua-dua penyakit yang dihidapinya ini sangat teruk sehingga menyebabkan dia mengalami beberapa simptom, termasuklah tidak boleh duduk diam tanpa melakukan apa-apa kerja.

Bahkan, jika tidak berbuat demikian, dia mudah diserang panik sehingga menyebabkan tangannya menggeletar.

Bukan itu sahaja,  Caprice mengakui terpaksa mengambil pil tidur bagi mengatasi masalah insomnianya yang teruk.

“Saya akan kongsikan kebenaran kepada anda semua sebab saya percaya, sesiapa sahaja yang hadapi masalah ni patut berjumpa dengan pakar dan dapatkan pertolongan.

“Dari umur 18 sehinggalah ke hari ini, saya berjumpa dengan psikiatri atas dua sebab iaitu, anxiety dan insomnia yang teruk sehingga saya perlu mengambil pil ubat tidur.

“Last but not least, sebab hang sudah buat ni secara umum dan cakap saya menghidap HPD, minggu ni juga Caprice akan pegi Gleneagles untuk dapatkan rawatan. Dan jika keputusan ujian mengatakan Caprice tidak menghidap HPD, anda ada masa 24 jam untuk beri panadol percuma kepada semua yang tinggalkan komen di ruangan berkenaan kerana mereka lebih perlukannya,” katanya.

 

Menjengah di ruangan Instagram Story, Caprice juga ada memuat naik tangkap layar sebuah portal berita memaklumkan dia berasa pelik dengan sikap segelintir media kerana kenyataannya menerusi video tersebut dijadikan sebagai ‘headline’ meskipun ia adalah komen balas terhadap individu di TikTok yang mendakwa dirinya mempunyai penyakit HPD.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Hidap HPD, Caprice ‘Sound’ Individu Acah Doktor -“Saya Masih Waras Untuk Bantu Mangsa Pedofilia!”

ARTIKEL BERKAITAN:“Bagi Dia Masa 24 Jam Mamu…”- Nama Kena Petik Gara-Gara Isu Caprice, Sharnaaz Ahmad Tampil Beri Respons

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Minta Segera Jumpa Pakar, Individu Berpendapat Caprice Hidap ‘HPD’ – “Dia Tak Sedar Sebenarnya…”

ARTIKEL BERKAITAN:Boss Mydin Tak Gentar Diugut Saman RM30 Juta, Caprice Pula Terkejut Sebab…

 

Sumber: Instagram

Salma Syahbuddin