Gelagat Adam Lee Menyanyi Untuk Sweet Qismina Buat Warganet Cair – “Sukanya Tengok Depa”

Gelagat pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina kini sudah menjadi perhatian dan bualan warganet selepas mereka bergelar suami isteri, Isnin lalu.

Terbaharu, tular sebuah video di TikTok di mana Adam telah menyanyikan lagu Akad, nyanyian asal Payung Teduh ketika di majlis ulang tahun kelahiran isterinya, Sweet yang disambut secara kecil-kecilan bersama keluarga dan rakan rapat.

@mnhuda78 Her reaction 🤣 #TerciptaALSQ #weddingreception #RERAMAPLANNERANDCOORDINATOR ♬ original sound – MNHuda

Majlis tersebut telah diadakan di Boathouse, Ampang yang juga merupakan lokasi dan hari yang sama mereka diijab qabulkan.

Menerusi video yang berdurasi itu satu minit 11 saat itu juga, Sweet kelihatan sangat terharu dan gembira dengan gelagat suaminya itu.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet cair dan terpaku melihat kebahagian yang terpancar di wajah kedua-dua pasangan mempelai.

Malah, mereka turut mendoakan agar pasangan pengantin baru itu berbahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat.

 

 

Terdahulu, Adam dan Sweet telah mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022 sempena tarikh lahir pengantin perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Lee & Sweet Qismina Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz! Pilih Mas Kahwin RM2,410.97 Kerana….

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih Maldives Atau Eropah Sebagai Lokasi Honeymoon, Sweet Qismina & Adam Lee Tangguh Bulan Madu Gara-Gara….Gelagat pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina kini sudah menjadi perhatian dan bualan warganet selepas mereka bergelar suami isteri, Isnin lalu.

Terbaharu, tular sebuah video di TikTok di mana Adam telah menyanyikan lagu Akad, nyanyian asal Payung Teduh ketika di majlis ulang tahun kelahiran isterinya, Sweet yang disambut secara kecil-kecilan bersama keluarga dan rakan rapat.

Majlis tersebut telah diadakan di Boathouse, Ampang yang juga merupakan lokasi dan hari yang sama mereka diijab qabulkan.

Menerusi video yang berdurasi itu satu minit 11 saat itu juga, Sweet kelihatan sangat terharu dan gembira dengan gelagat suaminya itu.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet cair dan terpaku melihat kebahagian yang terpancar di wajah kedua-dua pasangan mempelai.

Malah, mereka turut mendoakan agar pasangan pengantin baru itu berbahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat.

 

 

Terdahulu, Adam dan Sweet telah mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022 sempena tarikh lahir pengantin perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Lee & Sweet Qismina Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz! Pilih Mas Kahwin RM2,410.97 Kerana….

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih Maldives Atau Eropah Sebagai Lokasi Honeymoon, Sweet Qismina & Adam Lee Tangguh Bulan Madu Gara-Gara….

Fatin Nurain