Percutian Jadi Detik Cemas, Ben Amir Dedah Ditahan Polis Hong Kong Seperti SWAT Gara-Gara..

Pelakon versatil Ben Amir mendedahkan detik cemas yang terpaksa dilaluinya ketika bercuti di Hong Kong.

Ben memberikan respons terhadap pertanyaan yang diaju oleh pengacara, Fedtri Yahya berhubung contoh situasi cemas  ketika bercuti di luar negara kepada pengikutnya menerusi ciapan di Twitter miliknya.

“Apakah contoh situasi cemas ketika anda bercuti atau mengembara di luar negara?” soal Fedtri.

Menurut Ben, dia pernah ditahan oleh polis Hong Kong hanya kerana membeli cenderahati tongkat namun sebenarnya ia adalah pedang samurai.

“Kena tahan dekat airport dengan polis Hong Kong datang macam SWAT team sebab beli tongkat as souvenir tapi tak tau dalam tongkat tu ada hidden pedang samurai,” tulisnya.

Menerusi ciapan Ben itu, ada segelintir netizen yang pernah berhadapan situasi yang lebih kurang sama ketika bercuti di negara tersebut.

Namun begitu, perkongsian Ben itu dianggap tergantung kerana aktor Honey-moon ini tidak menceritakan bagaimana pengakhiran situasi cemas yang dilaluinya itu.

Artikel Berkaitan: “Proses Pemulihan Sangat Sukar” – Mata Kiri Ben Amir Hampir Buta

Aqilah Paharuzi