Wak Doyok Pilih Gadis Biasa Bukan Artis

Di usia 38 tahun, sudah tentu dia mahukan seorang isteri untuk setia menjadi pendamping hidupnya.

Bagi pelakon dan ikon fesyen, Wak Doyok atau nama sebenar Mohd Azwan Md Nor, dia mahu mengahwini wanita yang bukan dalam kalangan artis.

“ Saya mahu wanita yang mampu menjaga ibu-bapa saya. Itu lebih penting.

“ Namun setakat ini, saya masih belum memiliki teman wanita. Kenal-kenal itu adalah tapi belum tahap serius dan mereka hanya orang biasa,” katanya.

Pengasas jenama pakaian The Garment ini memberitahu keinginannya untuk mencari suri hati bukan di kalangan artis kerana dia mahukan isteri selalu ada di rumah.

“ Kalau artis, masing-masing akan sibuk dengan kerjaya seni. Takut tak boleh jaga hati,” katanya.

Sebelum ini, Wak Doyok pernah dikaitkan dengan model jelita Indonesia, Malika Askarova dan bekas personaliti TV3 Azrinaz Mazhar Hakim.

Dah jumpa calon nanti jangan lupa kongsi berita gembira ya Wak?

SGMS Faida