Categories: Oh Lawa

Kylie Jenner Kongsikan Teknik Memakai Makeupnya Dari Mula Sampai Habis, Jom Belajar!

Walaupun Kylie Jenner cukup kaya sampai boleh mengupah makeup artist, jangan ingat dia tak reti memakai makeup sendiri!

Lagipun, dia telah membuka syarikat kosmetik yang terkenal di serata dunia. Jangan main-main.

Jadi mestilah dia kena tahu-menahu tentang alat solek, terutama sekali cara-cara untuk pakai. Takkan nak bergantung kepada orang lain sepanjang masa, kan?

Untuk pertama kalinya, usahawan yang baru berumur 20 tahun ini telah kongsikan rutin kecantikannya di dalam sebuah video tutorial untuk majalah Vogue.

Anda mungkin ingin mengambil nota kerana dia juga ada kongsikan makeup hack yang sangat berguna!

Salah satunya adalah untuk memakai foundation selepas anda pakai eyeshadow. Bukan sebelum, ya! Sebabnya, bila anda sapukan eyeshadow, kadangkala ada serpihan serbuk yang jatuh ke bahagian bawah mata, kan? Kalau anda dah pakai foundation dulu, bila sapu, nanti tersapu foundation sekali. Rugi saja.

Nak tahu tip-tip lain yang Kylie kongsikan? Jom check out video ini.

Di dalam video ini, Kylie memang pakai makeup jenamanya sendiri, tapi tak semestinya anda kena gunakan jenama yang sama.

Apa yang penting adalah mengetahui teknik serta alat makeup yang digunakan. Ikut suka andalah nak pakai produk brand apa dan warna shade apa.

Sumber: Marie Claire

Ad Ops