“Walau Kita Tak Pernah Kenal & Jumpa, Masa I Kena Covid You Usaha Cari I…” – Rebecca Al Islam Sebak Kenang Kebaikan Siti Sarah

Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad meluahkan rasa sedih selepas mengetahui berita pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Menurut Rebecca, dia dan Sarah saling tidak mengenali secara rapat dan tidak pernah berjumpa.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah Meninggal Dunia

Namun, pelakon itu sangat terharu dengan kebaikan hati arwah yang memberikan semangat serta bertanya khabar ketika Rebecca dan keluarga disahkan positif Covid-19 sekitar Julai lalu.

Rebecca meluahkan rasa hatinya menerusi hantaran terbaru di laman Instagram.

Menerusi entri terbabit, Rebecca memuat naik tangkap layar perbualan antara dirinya dan Sarah.

“Sayang @sitisarahraissuddin. Syurga menantimu. Untuk menambahkan lagi bidadari syurga di sana. Dikau terlalu baik. Hanya Allah SWT sahaja maha mengetahui.

“Husnul khatimah sayangku Sarah. Walaupun kita tidak pernah kenal dengan lebih dekat, Tapi pada 15 Julai lalu, you benar benar buat diri ini terasa lebih dekat dengan diri you.

“Sanggup usaha dan cari number I untuk WhatsApp I, berdoa untuk I, suami dan anak anak. Sehinggakan I merasa sangat sayang dekat you dan sangat dekat dengan you.

“Sehinggakan hari Jumaat hari tu I boleh mimpi terang muka you dengan berpakaian serba putih dan I terus tak boleh tidur. Rupanya bidadari syurga you saying,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN : “Awak Penat, Tapi Jangan Tidur Lama-Lama Ye Sayang…” – Luahan Shuib Buat Netizen Sebak!

ARTIKEL BERKAITAN : Masih Belum Sedarkan Diri, Shuib Kongsi Perkembangan Terkini Siti Sarah – “Malam Tadi Oksigen Turun, Sebentar Tadi Ada Peningkatan”

ARTIKEL BERKAITAN : “Kami Serahkan Semuanya Kepada Allah…” – Sarat Hamil 7 Bulan, Siti Sarah & Keluarga Positif Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN : “Anak-Anak Tengah Demam, Kandungan Dah Masuk 7 Bulan” – Pembantu Rumah Positif Covid-19, Siti Sarah Risaukan Baby Dalam Perut

Rebecca juga melayangkan ucapan takziah kepada suami Sarah, pelawak dan usahawan Shuib dan seluruh ahli keluarga.

“Berat mata memandang, terasa lemah seluruh badan ini, berat lagi bahu yang selama ini berkongsi segalanya bersama @shuibsepahtu. Allahuakbar.

“Salam takziah buat @shuibsepahtu, anak-anak, papa uncle @raissuddin_hamzah dan seluruh ahli keluarga yang kehilangan insan syurga tercinta ini,” tulisnya lagi.

Sarah itu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur selepas melahirkan anak di dalam kandungan yang berusia tujuh bulan secara pembedahan dan pada masa yang sama, Sarah berjuang melawan wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Gagal Tahan Air Mata, Oksigen Siti Sarah Tinggal 40%

ARTIKEL BERKAITAN: “Sarah Kini Ditiarapkan, Ada Darah Beku Pada Paru-Paru” – Shuib Akui Jantung Siti Sarah Dalam Keadaan Lemah

ARTIKEL BERKAITAN : “Bakal Dibedah & Dikomakan Untuk Selamatkan Bayi Dalam Kandungan” – Shuib Harap Ada Keajaiban Buat Siti Sarah

ARTIKEL BERKAITAN : “Cantiknya Nama… Baby Dah Mula Buka Mata & Bergerak Aktif” -Shuib Dedah Keadaan Bayi Kini Stabil

Padin