Walaupun Dikecam, Fasha Sandha Tetap Menang Award?

Fasha Sandha sekali lagi dikecam kerana sekeping gambar yang dimuatnaik menerusi akaun Instagramnya malam tadi. Fasha yang menghadiri majlis sambutan hari lahir Dato Sri Aliff Syukri berkongsi beberapa gambar sekitar majlis tersebut buat peminat dan pengikutnya di Instagram meninggalkan komen yang mengundang kutukan buat dirinya!

Instagram Fasha Sandha hangat diperkatakan apabila dia memuatnaik satu gambar di mana,adik lelakinya kelihatan memeluk erat beliau seperti aksi romantik dalam filem hindustan. Justeru itu, ‘Makcik bawang’ tidak melepaskan peluang dengan meninggalkan memenuhi ruangan komen mengatakan Fasha tidak perlu berkelakuan sebegitu walaupun hanya dengan adik kandungnya.  Netizen berpendapat Fasha dan adiknya masih perlu menjaga batas antara adik-beradik.

Namun, walaupun dikecam Fasha Sandha kelihatan tenang seperti kebiasaannya. Tanpa mempedulikan kata-kata netizen, Fasha masih gembira kerana telah mendapat Best Dress Award sempena majlis ulangtahun Dato Sri Aliff Syukri pada malam tersebut. Busana hasil rekaan ibunya iaitu @mamasandha telah membawa tuah kepada Fasha kerana pada malam itu Fasha telah membawa pulang hadiah berupa swarovski!

Tahniah Fasha atas award yang diterima. Fasha memang cantik jelita macam gadis hindustan kan?

Ditulis oleh: Nur Nasuha

Ad Ops