Categories: Trending

Ayam ‘Crispy’ Kena Perli?

Rata-rata semua tahu bahawa ayam rendang tidak seharusnya rangup. Betul tak? Pandangan juri dalam program MasterChef UK mengenai hidangan Rendang Ayam yang dikatakan tidak rangup ternyata mengundang kemarahan rakyat Malaysia.

Menerusi program ini, peserta Zaleha Kadir Olpin yang tersingkir dalam program itu tidak dipersetujui oleh ramai netizen. Tak pernah dibuat orang rendang ayam perlu rangup, ye tak? 

Dalam hal ini, Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak juga sependapat dengan kita semua! Menerusi laman rasmi Twitter beliau dengan caption “ Mana ada orang makan ayam rendang ‘crispy’,” soal beliau dalam status tersebut.

Beliau turut memuat naik sekeping gambar yang memaparkan hidangan tersebut. Fuh, besar sungguh penangan ayam rendang kali ini.

Dalam pada itu, restoran makanan segera KFC Malaysia telah memuat naik sekeping gambar bertajuk “bukan rendang” turut mencuri perhatian ramai. Fuh, laju betul strategi pemasaran dorang! 

“Satu-satunya makanan yang sepatutnya rangup adalah ayam goreng kami. Tahniah Masterchef Zaleha!” menurut kapsyen dimuat naik bersama gambar itu.

Mungkinkah restoran ini bakal mengeluarkan menu baru tak lama lagi? Sama-sama kita tunggu. Apapun buat Puan Zaleha, anda tetap juara di hati rakyat Malaysia. Tahniah!

 

SGMS Faida