Semua pasti mengenali si cantik molek, Mawar Rashid, bukan sahaja terkenal menerusi drama Tundukkan Playboy Itu, Mawar kini kian aktif dalam industri hiburan tanah air. Dan, kini membintangi drama Kalis Kasih yang ditayangkan di slot Samarinda TV3.

Bergelar isteri kepada Raf Yaakob, pastinya Mawar antara yang bertuah kerana sempena ulangtahun kelahiran yang ke-23,  Raf telah menghadiahkan isterinya jambangan bunga ros dan seutas rantai leher.

Menerusi video yang dimuat naik di instagram Mawar, beliau kelihatan begitu teruja dengan suprise yang telah dirancang oleh suaminya itu. 

Selamat hari lahir kami ucapkan buat Mawar Rashid, semoga terus berjaya dalam dunia seni tanah air!

Ditulis oleh: Nur Nasuha

Ad Ops