Categories: Trending

Pengasas Habib Jewels Meninggal Dunia

Al-Fatihah buat pengasas Habib Jewels Datuk Habib Mohamed Abdul Latif  yang meninggal dunia di kediamannya pada jam 4.26 pagi tadi.

Perkara itu disahkan menerusi kenyataan cucu allahyarham, Mohamed Shamer Shahul Hameed di laman Facebook Habib Jewels.

Allahyarham yang berusia 92 tahun merupakan pengasas kepada jenama Habib yang terkenal dengan jualan barangan kemas keluaran Malaysia sejak lima dekad lalu.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Kapitan Keling selepas solat Zohor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak.

Allahyarham mempunyai lima orang anak, sembilan cucu dan seorang cicit.

Allahyarham ketika hayatnya aktif menyumbang kepada pembangunan komuniti Pulau Pinang dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Antaranya melalui Persatuan Liga Muslim Pulau Pinang dan Persatuan Saudagar Emas serta Pengurup Wang Pulau Pinang.

Pada tahun 2015, allahyarham dikurniakan anugerah ‘Tokoh Maal Hijrah” daripada kerajaan Negeri Pulau Pinang.

SGMS Faida