Wanita Berang Makanan Tak Dihantar Sampai Depan Rumah, Michael Ang Bela Nasib Rider

Baru-baru ini, tular sebuah video di platform TikTok mengenai seorang wanita berang apabila makanan yang dipesan tidak dihantar sehingga ke hadapan pintu rumahnya.

Menerusi video yang berdurasi lebih dua minit tersebut, wanita tersebut menganggap penghantar makanan yang tidak dapat menghantar makanan ke hadapan rumahnya itu tidak layak untuk melakukan pekerjaan tersebut.

@qo_nita_tun♬ original sound – QoNiTaTun

Hasil tinjauan dari ruangan komen, tindakan wanita itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet  dan dianggap tidak berperikemanusiaan.

Susulan perkara tersebut, pengarah Michael Ang turut tampil membela nasib nasib penghantar makanan tersebut dan menyuarakan pendapatnya.

“Salam semua. Sekadar pendapat. Tapi I geram dengan provider platform tu! Panjang cerita and dah Malas dah nak post n complain pasal dia org. Sebab akhirnya pakai jugak dia org bila Malas sangat!,” tulisnya.

Malah, ada juga seorang penghantar makanan tampil memberi penjelasan berkenaan tindakan segelintir daripada mereka yang tidak menghantar makanan sehingga ke hadapan pintu rumah.

@amerqhushairy Harap otak tu boleh digunakan untuk berfikir #fyp #foodpanda #riderfoodpanda #pandarider ♬ original sound – MEMEY

Fatin Nurain